NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tian Chua hadir sebagai calon bebas


KUALA LUMPUR:
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chua Tian Chang hadir untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Ahli Parlimen Batu itu hadir pada 8.30 pagi sambil diiringi oleh penyokong-penyokongnya yang berpakaian putih.

Kehadiran Chua Tian pagi ini menjawab persoalan bahawa beliau akan bertembung dengan wakil partinya sendiri iaitu penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Chua Tian hilang kelayakan untuk mempertahankan Parlimen Batu apabila pegawai pengurus pilihan raya membatalkan kertas pencalonannya.

Kejadian tersebut membuatkan Pakatan Harapan (PH) ketika itu membantu gerak kerja dan memberi sokongan kepada Prabakaran yang bertanding sebagai calon bebas.

Dengan bantuan daripada PH, Prabakaran berjaya memenangi kerusi Parlimen Batu dengan jumlah majoriti undi sebanyak 24,438 dan mengalahkan pencabarnya ketika itu daripada Barisan Nasional (BN), Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam perkembangan lain, Prabakaran mula memasuki kawasan pusat penamaan calon pada pukul 8.45 pagi ini.

Beliau diiringi kira-kira 300 orang penyokong yang berarak masuk di perkarangan pusat penamaan calon Parlimen Batu.

Sementara itu, calon bebas, Siti Kassim tiba awal di kawasan penamaan calon pada pukul 7.55 pagi lagi bersama kira-kira 50 penyokong.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo