NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi terakhir tiba di pusat penamaan calon kerusi Pandan


KUALA LUMPUR:
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli individu terakhir tiba di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di sini hari ini.

Rafizi, 45, yang berkemeja putih tiba pada pukul 9.10 pagi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR diiringi lebih 50 penyokongnya yang melaungkan sorakan ‘ayuh Malaysia’, ‘reformasi’ dan ‘lawan tetap lawan’.

Rafizi berdepan empat calon lain iaitu daripada Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee manakala Muhammad Farique Zubir Albakri (Perikatan Nasional); Tan Sri Ong Tee Keat, (Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Gerakan Tanah Air (GTA),  Nadia Hanafiah.

Setakat pukul 9.30 pagi ini, persaingan kerusi Parlimen Pandan melibatkan lima penjuru antara BN, PN, PH, Warisan dan GTA. 

Rafizi merupakan penyandang Parlimen Pandan selepas meraih 48,183 undi pada PRU13 sekali gus menewaskan calon BN, Lim Chin Yee (21,454 undi) dan Allan Tan (bebas) pula mendapat 2,415 undi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Pandan dimenangi bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang meraih 64,733 undi sekali gus mengenepikan empat calon lain.

Empat calon itu ialah Kok Wee (BN) yang mendapat 12,190 undi diikuti Sukri Omar (Pas), Janice Lee Ying (Parti Rakyat Malaysia) dan Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz (Bebas).

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu tidak mempertahan kerusinya kali ini dan bakal bertanding di Bandar Tun Razak.

Selain Rafizi, Tee Keat pernah menyandang kerusi Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo