NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan renyai-renyai iringi perarakan calon Parlimen Marang


MARANG:
Calon Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di pusat penamaan calon Parlimen Marang di Pejabat Daerah dan Tanah Marang di sini pada pukul 8.48 pagi.

Presiden Pas itu tiba di pekarangan pusat penamaan calon tersebut dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV)  jenis Toyota Vellfire.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bersama kira-kira 1,000 penyokong Pas berarak bagi mengiringi Abdul Hadi dalam hujan renyai-renyai.

Proses penamaan calon akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 10 pagi.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Marang seramai 131,001.

Sebelum itu, calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman pula tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi.

Jasmira juga diarak diiringi Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku serta lebih 300 penyokong BN.

Jasmani merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Zarawi Sulong daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula tiba pada pukul 8.35 pagi.

Dalam pada itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azhar Abdul Shukur tiba pada pukul 8.45 pagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo