NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terdapat beberapa lagi pemimpin BN menunjukkan minat bertanding atas PN, tunggu penamaan calon nanti kata Abdul Hadi


MARANG:
Terdapat beberapa lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) didakwa menunjukkan minat untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada sidang media selepas Ceramah Perdana Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, malam ini.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, beberapa pemimpin itu ketika ini dalam proses untuk dinamakan dan kemungkinan akan diketahui pada hari penamaan calon.

"Ada lagi pemimpin (BN) namun sedang dalam proses... (tetapi) berapa kerusi tak boleh sebut lagi.

"Yang penting ada di utara, tengah dan selatan. Nantilah tunggu nama calon hari Sabtu (penamaan calon)," katanya.

Beberapa pemimpin yang digugurkan pencalonan mewakili BN pada PRU15 sebelum ini menunjukkan kesungguhan untuk mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi tanpa menggunakan tiket BN.

Dua penyandang yang menang atas tiket BN pada PRU14 iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran) sah bertanding atas tiket PN.

Ketika ditanya berhubung senarai calon yang dikemukakan pada PRU15, Abdul Hadi melahirkan rasa berpuas hati dengan perbincangan dijalankan dalam keadaan yang sangat tenang.

"Berpuas hati dan perbincangan sangat tenang, tidak tegang di antara satu sama lain, bertolak ansur dan PAS banyak jentera di seluruh negara.

"Namun, kita mengerahkan jentera PAS bekerja di parti rakan yang bertanding sebagaimana juga kita bertanding.

"Bahkan kita bersama menggunakan simbol (seperti) di Terengganu kita akan guna simbol PAS termasuk calon daripada BERSATU, pantai barat, utara pakai simbol Perikatan Nasional termasuk calon-calon PAS," katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo