NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas pilih Dr Alias ganti Mohd Khairuddin di Kuala Nerus


MARANG
- Pas Terengganu mempertaruhkan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak sebagai calonnya di Parlimen Kuala Nerus bagi menggantikan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal itu diumumkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU15 di Dewan Tok Guru, Rusila, sebentar tadi.

Dr Alias akan menjadi watak penting dalam misi merampas kembali kerusi yang dimenangi Pas dalam PRU14 itu selepas penyandangnya, Mohd Khairuddin keluar daripada Pas.

Parlimen Kuala Nerus merupakan antara kerusi panas apabila penyandangnya, Mohd Khairuddin diumumkan sebagai calon BN bertanding di sana pada 19 November nanti.

Pada PRU14 lalu, beliau meraih 37,974 undi dengan majoriti 8,447 menewaskan calon dari BN, Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 29,527 undi.

Mohd Khairuddin turut menewaskan calon dari Pakatan Harapan (PH), Abdullah Muhammad yang memperoleh 4,604 undi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo