NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Shahidan, Ismail bertanding atas tiket PN

Majlis pengumuman calon-calon PN Terengganu yang asalnya biasa-biasa saja apabila hampir semua penyandang dicalokan semula berubah menjadi kejutan apabila susuk Shahidan Kassim muncul.

Bekas menteri besar Perlis yang digugurkan Umno-BN daripada senarai mereka diumum Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebagai pertaruhan gabungan itu untuk kerusi parlimen Arau.

Abdul Hadi juga mengumumkan penyandang kerusi Maran, Ismail Abd Muttalib, akan dikekalkan sebagai calon di kerusi itu, namun sebagai calon PN.

Shahidan ketika diberi peluang berucap ringkas memberitahu, dia baru tiba di Rusila, Marang dari Perlis selepas diminta berbuat demikian oleh pimpinan PN.

Selepas ini, katanya, dia perlu bergegas untuk kembali ke Perlis.

"Saya perlu balik ke Perlis untuk isi borang. Watikah dah dibagi tapi borang belum isi," katanya.

Bagaimanapun tidak pasti parti mana yang akan menjadi pilihan buat Shahidan selepas ini.

Dalam ucapan tidak sampai lima minit itu, menteri Wilayah Persekutuan sementara itu juga mengecam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang digelarnya sebagai "penipu" kerana - dakwanya - gagal mengikut janji yang diucapkan sebelum ini.

Kata Shahidan, senarai cadangan calon daripada “top five" Umno tidak diendahkan oleh Ahmad Zahid.

Sementara itu Pengerusi PN Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan semua penyandang kerusi parlimen di negeri itu dicalonkan semula kecuali di kerusi Besut dan Kuala Nerus.

Untuk PRU kali ini PN meletakkan bekas pemimpin Umno yang sudah menyertai PAS, Che Mohamad Zulkifly Jusoh, sebagai percaturan mereka untuk merampas kerusi tersebut daripada Umno.

Pada 2018 Besut dimenangi BN melalui calonnya, Idris Jusoh.

Penyandang kerusi Hulu Terengganu, Rosol Wahid, yang memenangi kerusi itu melalui tiket BN kini menjadi pertaruhan PN. Dia merupakan ahli Bersatu selepas meninggalkan Bersatu selepas PRU ke-14.

PN Terengganu diputuskan untuk bertanding menggunakan lambang PAS kali ini.

Berikut adalah senarai calon PN untuk lapan kerusi di Terengganu:
Kemaman: Che Alias Hamid
Besut: Che Mohamad Zulkefly Jusoh
Setiu: Shaharizukirnain Abd Kadir
Kuala Terengganu: Ahmad Amzad Hashim
Marang: Abdul Hadi Awang
Hulu Terengganu: Rosol Wahid
Kuala Nerus: Dr Alias Razak
Dungun: Wan Hassan Mohd Ramli

Kerusi Kuala Nerus kali ini menjadi perhatian yang lebih selepas penyandangnya, Khairuddin Aman Razali, kini bertanding sebagai calon BN.

Khairuddin merupakan bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Sebagai ganti, PN meletakkan exco Terengganu yang juga Adun Bukit Tunggal, Alias Razak.

Semasa memulakan ucapan untuk mengumumkan senarai calon PN, Samsuri yang juga naib presiden PAS sempat menyindir musuh politik mereka dengan serangkap pantun:

Dari kemaman ke Besut,
Pakat berkumpul di Rusila;
Semua parti tengah kusut,
Hanya kita tenang sentiasa.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo