PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat penyebaran perjanjian didakwa ditandatangani calon Umno untuk menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional.
Menurut Bernama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, agensi anti-rasuah itu sudah membuka satu kertas siasatan berhubung perkara itu.
Setiausaha akhbar Zahid, Fadzlette Othman Merican berkata, perjanjian itu palsu.
Satu salinan dakwaan perjanjian itu tular, antara lain menyatakan calon bersetuju menyokong Zahid sebagai calon perdana menteri BN.
Perjanjian itu mengandungi tandatangani calon, Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.
......
KOMENTAR
Dulu kita masih ingat Zahid Hamidi cakap tak ada SD sokong Anwar Ibrahim, kononnya palsu tapi TERBUKTI BENAR. Ini dia nafi lagi SPRM siasat, tunggu temberang mereka
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment