NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Protes Zahid, ahli Umno tanding bebas di Tg Karang


Memandangkan keputusan BN menggugurkan penyandang ahli parlimen Tanjong Karang Noh Omar daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-15, seorang ahli jawatankuasa bahagian Umno tempatan pagi ini memasuki pencalonan untuk bertanding sebagai calon bebas sebagai tanda protes.

Mohd Rosni Mastol, 59, pesara pegawai Jasa, berkata keputusannya untuk bertanding sebagai calon bebas demi menghantar mesej kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak membenarkan Noh mempertahankan kerusinya.

Menurut lelaki itu yang menganggotai Umno sejak 36 tahun lalu, dia dan beberapa lagi ahli jawatankuasa Umno Bahagian Tanjong Karang memutuskan sesuatu perlu dilakukan untuk menunjukkan kepada kepimpinan parti perasaan mereka terhadap Noh Omar ditolak.

"Saya tak setuju presiden tidak calonkan Tan Sri Noh.

"Sebab kita nak bagi istarat, 'raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah'.

"Tanda pagar 'kita jebat kembali'. Saya simpati dengabn Tan Sri Noh.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo