NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS bangkit sebagai ‘kuasa sebenar’ selepas 2 tahun dalam PN


PETALING JAYA:
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak akan mampu menghentikan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), PAS daripada bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis.

“Kuasa sebenar dalam PN sudah bangkit. Itulah PAS,” kata Felo Majlis Profesor Negara, Jeniri Amir kepada FMT.

“Muhyiddin tidak berada pada kedudukan dapat menentukan apa yang PAS boleh dan tidak boleh buat. Beliau tidak ada kuasa tawar-menawar. Bersatu sekadar perlu mengikut rentak PAS.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin berhubung Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan tidak diberi mandat untuk berunding dengan BN bagi pembentukan kerajaan Pusat bersama PN, selepas PRU15.

Jeniri Amir.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata, tujuan PN bertanding pada PRU15 adalah bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).

Ia susulan kenyataan Takiyuddin yang menyatakan keyakinan BN-PN akan kembali bergabung membentuk kerajaan Pusat sekiranya berlaku Parlimen tergantung, selepas PRU15.

Jeniri berkata, realitinya adalah PAS merupakan parti terkuat dalam PN kerana mempunyai lebih kuat sokongan di akar umbi, berbanding Bersatu.

“Saya ragu-ragu dengan kemampuan Bersatu menang banyak kerusi dan PAS tahu perkara ini,” katanya sambil menyatakan PAS boleh menang 20 kerusi dengan parti itu diramal tidak mahu berada dalam blok pembangkang selepas pilihan raya umum.

“Pada masa sama, BN adalah pragmatik. Rakan yang sesuai dengan mereka adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Namun, jika gabungan terbabit tidak mampu membentuk kerajaan, mereka akan beralih untuk bekerjasama dengan PAS dan Warisan.”

Jadi, Jeniri berkata, beliau tidak terkejut berhubung tindakan PAS membangkitkan kemungkinan bekerjasama dengan BN membentuk kerajaan.

Oh Ei Sun.

Katanya, begitu juga beliau tidak terkejut jika PAS akhirnya menyokong BN selepas pilihan raya umum.

Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata adalah sejadi bagi PAS untuk bekerjasama dengan Umno memandangkan parti itu dijangka menunjukkan prestasi lebih baik berbanding Bersatu.

Katanya, ini akhirnya membolehkan PAS kekal menjadi kerajaan dan mendesak kepada agenda teokratik.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo