NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP-PH: Malaysia jadi negara sekular, bagaimana Islam?


DAP
dakwa PAS akan ‘ceroboh’ kebebasan orang bukan-Islam. DAP tidak membaca. Dasar PAS (Islam) tidak pernah memaksa orang bukan-Islam untuk mengamalkan syariat Islam apatah lagi untuk masuk Islam. Mereka bebas dengan agama mereka selagi mana tidak melanggar undang-undang negara.

DAP hidup dalam sindrom penafian. Sepanjang PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak pernah ada rakyat bukan-Islam yang dianiaya. Rakyat bukan-Islam di tiga buah negeri itu adalah bukti hidup bahawa PAS adil untuk semua kaum.

DAP dakwa PAS dan BERSATU akan mengancam nilai sekular. Benar, PAS akan pastikan perjuangan DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular gagal.

DAP dakwa dasar Kerajaan PAS akan melarikan pelabur. Ini kesilapan besar DAP. Kedah yang ditadbir oleh PAS telah mencatat rekod pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM68.3 bilion bagi tahun 2021 dan pencapaian ini telah diiktiraf oleh Sultan Kedah.

DAP dakwa PAS tertutup dalam hiburan. PAS bukan tertutup, PAS kawal hiburan. PAS tidak mahu tamadun manusia ini musnah dengan hiburan yang melampau serta pesta arak yang berleluasa sehingga merosakkan masyarakat. SEPAHTU Reunion baru sahaja berlangsung di Terengganu. Kehadiran full house! Tiada masalah. 

DAP dakwa PAS bakal tadbir Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang. Itu kami setuju.

DAP dakwa Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS bakal ganti Tan Sri Muhyiddin untuk jadi Perdana Menteri Ini dangkal. Sebelum ini apabila PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan, Presiden PAS menolak untuk menjadi Menteri, apatah lagi untuk menjadi Perdana Menteri. Pendirian PAS tegas, Perdana Menteri daripada PN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang saya musykil ialah, DS Anwar serta rakan sekutunya DAP atau PH yang memperjuangkan agenda negara sekular di Malaysia ini mahu bawa negara kita ke mana? Apakah mereka mahu menafikan bahawa Islam adalah agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip Rukun Negara?

Apakah masih ada masa depan untuk Islam sekiranya PH kembali memerintah negara ini?

Bangkitlah anak muda Malaysia. Kita bersatu atas nama rakyat Malaysia yang merdeka dan lawan pejuang sekular (DAP-Anwar) pada 19 November ini.

ZURK AHMAD – HARAKAHDAILY 15/11/2022




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo