NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut buat kejutan, pilih tanding Bebas

Kejutan buat UMNO Bahagian Jerantut apabila naib ketuanya, Datuk Ridzuan Mansor, memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas. - Astro AWANI

JERANTUT: Kejutan buat UMNO Bahagian Jerantut apabila Naib Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Ridzuan Mansor, 48, memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Tindakan drastik Ridzuan yang juga pemangku Timbalan Ketua Bahagian itu dilakukan sehari sebelum penamaan calon pada Sabtu disebabkan rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon UMNO untuk bertanding dalam PRU15.
Beliau berkata, ia berpunca ekoran pemilihan calon tidak dalam kalangan ahli jawatan kuasa selain tidak mengikut hierarki sebenar dalam parti tetapi sebaliknya dengan meletakkan calon muda dan bukan mereka yang 'sepatutnya' bertanding pada PRU15.
"Saya berasa dikhianati oleh tangan ghaib dalam UMNO bahagian ini yang tidak memilih calon yang sepatutnya yang sudah bekerja keras selama ini.
"Pandangan saya, cara pemilihan yang tidak mengikut hierarki dan calon yang layak serta lebih berketrampilan seolah-olah mahu membunuh karier politik mereka serta mecantas peluang (calon) berkenaan," katanya dalam sidang media di kediamannya Kampung Temin dekat sini petang tadi.
Dakwa Ridzuan, dengan meletakkan calon muda yang tidak mengikut hierarki yang sebenarnya juga boleh membunuh karier politik lebih awal sekiranya calon dipilih tidak memenangi PRU15 ini.
"Saya tetap mematuhi keputusan pemilihan yang dibuat oleh Ketua Bahagian ini, tetapi agak menghairankan mengapa dalam kalangan ahli jawatan kuasa yang layak serta sepatutnya tidak dicalonkan.
"Ini menunjukkan kelemahan pengurusan dan pentadbiran UMNO bahagian ini dengan mengetepikan calon yang lebih layak dan inilah menyebabkan saya memilih bertanding sebagai calon Bebas untuk memberikan pengajaran serta menghapuskan 'kudis' dalam (UMNO) bahagian ini," ujarnya.
Ridzuan menambah, dia memilih untuk bertanding di DUN Pulau Tawar kerana kawasan itu merupakan kampung kelahirannya, ramai ahli keluarga serta kenalannya malahan sudah hadam dengan pengundi di kampung tradisional pesisir Sungai Pahang dan kawasan Felda.
"Saya sudah bertekad akan melawan habis-habisan menegak kebenaran dan bersedia untuk disingkirkan daripada UMNO berasaskan peraturan disiplin parti ini.
"Walau bagaimanapun, roh saya masih tetap dengan UMNO kerana parti inilah yang mencanai kepimpinan serta pengalaman saya setelah berjuang hampir 25 tahun dalam UMNO Bahagian dan DUN," katanya.
Beliau berkata walaupun bertandingan sebagai calon Bebas, beliau tidak mengarah bilik gerakan di kampungnya ditutup.
Tegasnya, menjelang penamaan calon hari esok, beliau sudah menutup pintu rundingan dengan semua pihak dan enggan menarik balik tekadnya untuk bertanding sebagai calon Bebas dengan menggunakan lambang gajah serta tagline 'Pakcik Prihatin' tanpa menoleh ke belakang lagi.
Ridzuan yang merupakan anak kelahiran Bukit Nikmat dalam DUN Pulau Tawar serta memiliki Ijazah Pengurusan Universiti Terbuka Malaysia menjelaskan, sekiranya parti Bebas yang ditandinginya menang dalam PRU15, beliau akan memfokuskan kebajikan orang muda serta pembangunan di kampung tradisional dan Felda daerah ini.
"Saya sudah lama mendekati masyarakat menerusi landasan UMNO dan berkhidmat sebagai Ahli Majlis Daerah Jerantut sejak sekian lama, dan sudahpun tahu denyut masalah penduduk dan pembangunan di Jerantut," katanya lagi.

Sumber I Astro Awani 


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo