NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wan Junaidi sokong Nancy jadi penggantinya di Santubong


Penyandang kerusi Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan tetap memberikan sokongan penuh kepada Nancy Shukri sebagai penggantinya untuk bertanding di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun sebelum ini telah menamakan orang lain sebagai penggantinya. 

Wan Junaidi berkata sebagai seorang yang terlatih dalam bidang pentadbiran, adalah wajar baginya untuk membuat pelan penggantian. 

"Memang ada orang yang saya persiapkan sebagai pengganti yang saya latih supaya jadi macam saya. Tetapi pada akhirnya, parti yang perlu membuat keputusan. Apabila parti tidak pakai (pilihan saya), saya tidak boleh membantah," katanya pada sidang media di Kuching, Sarawak hari ini. 

Menurutnya sebagai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), beliau akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh presidennya Abang Johari Tun Openg berhubung pemilihan Nancy.

"Yang marah sebab parti tidak lantik dia menjadi calon, itu orang yang tidak faham menjadi ahli parti," katanya. 

Wan Junaidi yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata tiada pihak memaksanya untuk tidak bertanding dalam PRU15 melainkan beliau sendiri. 

Beliau menyifatkan pengundurannya itu turut membuka peluang kepada lebih ramai calon wanita daripada PBB untuk ditampilkan dalam PRU15 memandangkan pengganti Nancy di Batang Sadong juga merupakan calon wanita. 

"Saya tidak dipaksa. Saya telah memberi notis kepada Premier (Abang Johari) tiga bulan lepas,” katanya. 

Bernama



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo