NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir melanda Kampung Iboi lag


BALING, 4 Nov (Bernama) -- Penduduk di Kampung Iboi sekali lagi dikejutkan dengan kejadian banjir kilat di mana kali ini beberapa buah rumah penduduk dinaiki air kira-kira jam 7 malam tadi.

Ketua Kampung Iboi, Nor Mohamad Che Hussain, berkata dalam tempoh hampir dua bulan selepas banjir kali ketiga yang melanda kawasan tersebut pada 8 Sept lalu, kini kejadian sama berulang lagi.

"Hujan lebat mula sekitar jam 4.30 petang tadi, kira-kira jam 7 malam, air mula masuk ke rumah penduduk kampung dan penduduk yang terjejas mula dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

"PPS dipindahkan ke lokasi lain, sebelum ini di Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, tapi ada kejadian haiwan liar menceroboh masuk ke kawasan PPS dan melanggar khemah mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, lokasi PPS baharu kini lebih selamat kerana ada dinding di kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftanan Pertahanan Awam (PA), Mohd Faizol Ab Aziz, ketika dihubungi, memaklumkan, sekurang-kurangnya 15 keluarga membabitkan kira-kira 100 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Surau Ittifaqiyah, Kampung Iboi.

"PPS terbabit dibuka pada jam 8.30 malam tadi dan usaha memindahkan mangsa yang terjejas masih dijalankan...jumlah mangsa banjir mungkin bertambah dan proses bancian masih berjalan," katanya.

Menurutnya, hujan lebat di sekitar daerah Baling menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke tebing di Kampung Padang Empang dan Kampung Iboi.

"Sehingga jam 10 malam tadi, hujan masih lebat dan air banjir masih belum surut manakala paras air sungai dalam keadaan berjaga-jaga," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 130 mangsa daripada 37 keluarga di Mukim Baling dan Kupang, terjejas akibat banjir kilat yang melanda buat kali ketiga pada 8 Sept lalu selepas tragedi banjir aliran puing yang meragut tiga nyawa termasuk seorang warga emas dan ibu hamil empat bulan, 4 Julai lalu.

Kejadian banjir kilat kedua dilaporkan berlaku pada 28 Julai lalu, namun tiada kehilangan nyawa berlaku.

-- BERNAMA




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo