NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kiandee sah tanding Beluran atas tiket PN


BELURAN:
Bekas Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee akan mempertahankan kerusinya atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Kiandee, yang juga naib presiden Bersatu, telah digugurkan daripada senarai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) selepas gabungan itu memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) Sabah di kerusi itu.

GRS dan BN Sabah telah bersetuju untuk bekerjasama pada PRU kali ini. Bersatu, tonggak PN, juga ialah komponen GRS.

Kiandee tiba di pusat penamaan calon Dewan Serbaguna Majlis Daerah Beluran pada 8.45 pagi diiringi penyokongnya yang membawa bendera PN.

Bekas menteri pertanian dan industri makanan itu memenangi kerusi Beluran pada 2018 atas tiket BN, tetapi meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu lewat tahun sama.

Semalam, sumber memberitahu FMT bahawa Kiandee akan bertanding di kerusi itu, sekali gus mewujudkan pertembungan dengan calon BN yang dinamakan oleh GRS.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo