NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nenek Wan Azizah tertinggal MyKad


KUALA LUMPUR -
Gelagat calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tertinggal kad pengenalan (MyKad) ketika mahu memasuki pusat penamaan calon (PPC) mencetuskan gelak tawa kira-kira 200 penyokong yang mengiringinya.

Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum itu tiba di hadapan PPC Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), di sini, pada jam 8.45 pagi.

Bagaimanapun, selepas meninggalkan penyokongnya kira-kira 100 meter dan hampir memasuki pintu pagar PPC, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyedari tidak membawa MyKad.

Wan Azizah kemudian berpatah semula dan mendapatkan MyKad beliau daripada pegawainya yang berada bersama kumpulan penyokong.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo