NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Imej PM dan ‘poster boy’ Ismail hancur berderai


Imej Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy Barisan Nasional (BN) dan calon perdana menteri dihancurkan oleh cara pemilihan calon pilihan raya yang dikuasai sepenuhnya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Kedudukan kawan-kawan Ismail yang berjuang bersama-samanya dalam Kabinet langsung tidak dapat dipertahankan oleh PM sendiri. 

Empat menteri dan empat timbalan menteri pentadbiran Ismail digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim (Arau), Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa (Ketereh), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba (Tenggara), dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi). 

Bagi timbalan menteri pula, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Abdul Mutalib yang tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen Maran. 

Turut digugurkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ahmad Hamzah di Parlimen Jasin.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula dihantar ke tengah Sungai Buloh selepas kawasan selamatnya dirampas Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan. 

Mengapa Mohamad Hasan tidak bertanding di Sungai Buloh sahaja jika beliau merasakan kerusi itu selamat?

Ini bukan penampar. Ini tumbukan padu membawa maut. 

Siapa lagi sahabat PM di dalam Umno yang masih mempercayai PM dapat menyelamatkan mereka? 

Siapa di dalam Umno yang masih percaya Ismail akan menjadi PM?

Yang percaya itu mesti masih dibuai mimpi. 

Adakah Ismail sendiri percaya beliau masih akan menjadi PM selepas PRU15?

Peranan Ismail kini hanya tinggal poster.

Persepsinya, BN sudah mempunyai calon PM yang lain. Nama yang dicalonkan ialah Ismail, tapi drama yang berlaku sedang menonjolkan calon PM sebenar ialah orang lain - yang lebih berkuasa dalam Umno.

Peluang Ismail menjadi PM sangat malap malah menghampiri sifar.

Daripada mengundi BN yang sedang bermain silap mata dengan rakyat, lebih baik mengundi mereka yang menawarkan calon PM yang nyata.

Contohnya, pakatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terang-terang menawarkan Muhyiddin Yassin sebagai PM tanpa sebarang silap mata. 

Yang suka kepada kerajaan 22 bulan, ikutlah.

Cuma, usah undi BN.

Kemungkinan besar barang sampai tidak serupa dengan apa yang dipesan, malah ada kekurangan moral.

TIMMY SAY



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo