NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kehadiran Shahidan curi perhatian ramai


ARAU:
Kehadiran penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) menarik perhatian ramai, di pusat penamaan calon, Parlimen Arau, di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, di sini, hari ini.

Kehadiran tokoh politik berpengaruh disegani bersama lima lagi calon PN yang akan bertanding di DUN Pauh, Guar Sanji, Tambun Tulang, Simpang Empat dan Sanglang sekitar jam 8.30 pagi diiringi kira-kira 100 penyokong PN dari seluruh parlimen itu.

Kira-kira lima minit sebelum itu, calon muda Pakatan Harapan (PH), Fathin Amelina Fazlie tiba di perkarangan dewan penamaan calon itu bersama lima calon PH lain, disertai hampir 100 penyokong PH sambil melaungkan sorakan 'Reformasi' dan 'Lawan Tetap Lawan'.

Sekitar jam 8.45 pula, rombongan calon Barisan Nasional (BN) termasuk calon Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman serta lima lagi calon DUN berarak memasuki dewan penamaan calon diikuti calon dari Warisan dan Gerakan Tanah Air.

Proses penamaan calon berlangsung sejam bermula jam 9 pagi, diikuti tempoh proses bantahan selepas itu, selama sejam sebelum penamaan calon dimuktamatkan, pada jam 11 pagi.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo