NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah mengharap simpati ada dalam kabinet baharu


SHAH ALAM:
Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui wakil ahli Parlimen parti itu bakal mengisi komposisi kabinet, namun menyerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan portfolio berkaitan.

Jelas Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof, (yang kalah dalam PRU15) jawatan bagi menteri kabinet untuk Amanah pasti ada kerana parti itu sebahagian daripada kerajaan dan pihaknya akan mencadangkan nama yang layak sebagai menteri.

"Pastinya (ada wakil) kerana kita sebahagian kerajaan, ada perbincangan dan formula yang telah ditetapkan akan mencadangkan nama yang layak dan sesuai diketengahkan.

"Saya yakin dengan mengambil kira representasi daripada kesemua parti dalam kerajaan perpaduan termasuk kepentingan wilayah, Sabah dan Sarawak serta melihat kepada serata masyarakat, dalam masa seminggu dua ini, keputusan Anwar akan ada untuk kabinet bayangannya.

"Justeru, tidak sukar untuk Anwar membentuk satu kabinet kerajaan perpaduan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambah Mujahid, berkaitan isu jumlah kabinet dikecilkan pula, perkara itu merupakan manifesto Pakatan Harapan (PH) maka Perdana Menteri mesti melaksanakan janji tersebut.

"Itu memang janji kita, manifesto yang dah disebutkan sebelum ini, bukanlah kabinet yang bersaiz besar tetapi yang lebih menetapkan keperluan dan efektif.

"Kita tak mahu kabinet dulu yang memberi jawatan untuk mengekalkan kuasa, (kabinet) ini tidak timbul isu tersebut, Anwar telah menyebut dengan jelas bahawa ia atas nasihat Agong, memastikan kabinet yang ditubuhkan mewakili semua kaum, wilayah dan sifat keterangkuman dalam melihat isu-isu yang perlu disegerakan," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya menyerahkan keputusan bagi menentukan jawatan menteri atau mengecilkan kabinet kepada Perdana Menteri.

"Kabinet ini dibentuk oleh Perdana Menteri, itu hak beliau.

"Bagi saya terpulang sepenuhnya kepada Anwar. (Soal kecilkan kabinet), beliau ada sebut dalam ucapan ketika kempen termasuk manifesto," ujarnya.

Dalam pada itu, Mujahid dan Salahuddin menyambut baik penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan yang disifatkan demi kepentingan dan kestabilan rakyat dan negara. - Sinar Harian







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo