NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH, BN patut elak tembung di Padang Serai


PETALING JAYA:
Salah satu parti bertanding di Parlimen Padang Serai, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang kini bersama dalam kerajaan pusat perlu menarik diri, kata penganalisis.

Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia, berkata ini kerana Perikatan Nasional (PN) yang kukuh sebagai pembangkang, akan menerima kelebihan kesan daripada perpecahan undi sekiranya PH dan BN bertembung sesama sendiri.

Calon dari PH, BN, PN dan Pejuang termasuk bebas bertanding pada pilihan raya itu yang ditangguh susulan kematian calon PH, M Karupaiya, yang meninggal dunia dua hari sebelum pilihan raya umum, pada 19 Nov.

“Saingan di Padang Serai merupakan ujian keikhlasan antara BN dan PH dalam kerajaan perpaduan. Mengapa sibuk memberitahu rakyat anda berjuang untuk kerajaan lebih baik di peringkat pusat, sedangkan bertembung sesama sendiri di kerusi Parlimen?

“Buat gencatan senjata. Selagi mana wujudnya kerajaan perpaduan mereka perlu mempamer semangat setiakawan dan memastikan ia dilakukan. Mereka patut menunjukkan pembentukan kerajaan bersama bukan kerana politik semata-mata.

“Sekiranya mereka berkeras mahu bertanding, tumpuan perlu diberikan kepada undi diterima BN dan PH. Jika gabungan undi antara kedua-duanya lebih daripada PN, pertembungan berlaku hanya sia-sia,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari University of Tasmania, berkata berkemungkinan BN akan memberi laluan kepada PH memandangkan ia merupakan pertandingan pertama selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri, selain pilihan raya itu boleh digambarkan pertembungan “Anwar lawan PN”.

“MIC bertanding di kawasan itu (di bawah BN), mereka hanya mempunyai satu Ahli Parlimen sahaja, pastinya parti itu akan kalah. Jadi, buat apa bertanding,” soalnya.

Sementara itu, Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia, berkata PN mungkin akan menang di Padang Serai sekiranya undi Melayu lebih cenderung memilih gabungan itu, yang turut membabitkan PAS.

“Mungkin perdana menteri perlu turun ke Padang Serai dan menggalakkan rakyat mengundi PH memandangkan mereka kini berkuasa di peringkat pusat. Namun, mungkin PN akan menang,” katanya.

Peguam, Sofee Razak menjadi taruhan PH untuk mempertahankan kerusi berkenaan kekal dalam dikuasai gabungan itu, yang turut bersaing dengan Sivaraj Chandran (BN), Azman Nasrudin (PN), Hamzah Abdul Rahman (Pejuang) dan bebas, K Sreanandha Rao.







........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo