NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2,896 kes baharu Covid-19, empat kematian -- Tak apa semasa ceramah Anwar kata dia boleh selesai



SHAH ALAM -
Sebanyak 2,896 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut di dalam negara kepada sebanyak 4,945,829 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak empat kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian dalam negara kini sebanyak kepada 36,648 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 27,008 kes, dengan 24,924 atau 92.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 14 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,973 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 97 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 40 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 57 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 2,789 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,920,616 kes.






........
Komen: Semasa ceramh berapi-api kata Muhyiddin lemah mengurus covid-19




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo