NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Magis' Messi hidupkan peluang Argentina


DOHA:
Lionel Messi membantu Argentina kembali menghidupkan peluang di Piala Dunia selepas menjaringkan satu gol untuk menewaskan Mexico 2-0, sebentar tadi.

Selepas dikejutkan dengan kekalahan di tangan Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kumpulan C, Argentina berdepan misi wajib menang pada pertemuan dengan Mexico untuk menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

Pada aksi di Stadium Lusail, Messi yang juga penyerang Paris Saint Germain (PSG) memecah kebuntuan apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan rendah dari jarak 20 meter pada minit ke-64.

Pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez menjaringkan gol kedua pasukannya dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Mexico di Stadium Lusail, Doha. Argentina menang 2-0. - Foto AFP
Pemain tengah Argentina, Enzo Fernandez menjaringkan gol kedua pasukannya dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 antara Argentina dan Mexico di Stadium Lusail, Doha. Argentina menang 2-0. - Foto AFP

Pemain tengah, Enzo Fernandez kemudiannya meledak gol kedua Argentina pada minit ke-87 untuk memastikan kemenangan buat pasukan itu.

Jaringan Messi dalam perlawanan itu menyaksikan dia menyamai rekod mendiang Diego Maradona dengan lapan gol dan 21 penampilan di Piala Dunia bersama Argentina.

Ia hadir sehari selepas ulang tahun kedua kematian Maradona.

Argentina perlu menang aksi kumpulan terakhir menentang Poland, awal pagi Khamis ini bagi mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati. - AFP

Kedudukan pasukan dalam Kumpulan C.
Kedudukan pasukan dalam Kumpulan C.
Penyokong Mexico ditengah-tengah penyokong Argentina ketika menonton di Dataran Francisco Seeber, Buenos Aires. - Foto AFP
Penyokong Mexico ditengah-tengah penyokong Argentina ketika menonton di Dataran Francisco Seeber, Buenos Aires. - Foto AFP
Reaksi penyokong meraikan kejayaan Argentina menewaskan Mexico 2-0 di Lusail. - Foto AP
Reaksi penyokong meraikan kejayaan Argentina menewaskan Mexico 2-0 di Lusail. - Foto AP






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo