NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siasat semua ladang ayam berhubung standard keselamatan makanan, gesa CAP


PETALING JAYA:
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa menyiasat semua ladang ayam di negara ini selepas Singapura menarik balik telur dari ladang Malaysia disebabkan kehadiran Salmonella enteritidis (SE).

Presiden CAP Mohideen Abdul Kadir berkata, siasatan perlu dilakukan untuk memastikan ladang ayam mematuhi peraturan keselamatan makanan.

Katanya, pihak berkuasa harus melihat cara ayam-ayam itu diternak yang boleh menyumbang kepada pencemaran Salmonella.

Walaupun SE boleh dimusnahkan oleh haba, Mohideen berkata, ia boleh bertahan dalam telur yang mentah dan kurang masak, menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti cirit-birit, sakit perut, demam, loya dan muntah.

“Amat pelik apabila kejadian ini tidak diketahui oleh pihak berkuasa tempatan kita lebih awal walaupun dianggarkan rakyat Malaysia menggunakan 30 juta telur setiap hari.

“Ramai pengguna Malaysia mungkin secara tidak sedar telah menggunakan telur yang tercemar,” katanya dalam kenyataan.

Mohideen turut menggesa agar sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat “kelemahan sistem pemantauan kita” berkaitan dengan keselamatan makanan.

Beliau berkata, walaupun wujud undang-undang seperti Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Malaysia “jarang mendengar” produk tempatan ditarik balik.

Sepanjang tujuh tahun lalu, katanya, pelbagai jenis produk Malaysia, termasuk sayur-sayuran dan udang, ditolak oleh Amerika Syarikat, China dan Singapura atas sebab keselamatan kesihatan.

Antara sebab produk terbabit ditolak termasuk paras racun perosak dan sulfur dioksida melebihi had yang ditetapkan oleh agensi asing, kehadiran antibiotik terlarang, dan kehadiran Pseudomonas aeruginosa, bakteria yang lazim terdapat dalam najis, tanah, air dan kumbahan.

“Laporan berulang mengenai produk makanan Malaysia yang tidak selamat oleh pihak berkuasa luar negara jelas menunjukkan bahawa pemantauan keselamatan makanan kita tidak mencukupi,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo