NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15 : Charles Santiago pula bakal digugurkan

Penyandang kerusi parlimen Klang Charles Santiago terkejut dan terharu dengan sokongan yang ditunjukkan terhadapnya oleh pelbagai kumpulan pengundinya, berikutan spekulasi dia mungkin digugurkan daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Charles berkata dia tertanya-tanya sama ada partinya (DAP) akan mendengar suara pengundi atau tidak.

"Semua orang telah tampil untuk memberikan sokongan mereka. Daripada semua komuniti perniagaan Cina, NGO dan persatuan perniagaan India dan Melayu, NGO kebangsaan India, dan juga kesatuan sekerja.

“Saya terkejut dan terharu dengan sokongan dalam media sosial juga. Mereka daripada semua spektrum komuniti serta daripada orang yang saya kenal dan tidak kenal," katanya.

Kenyataan Charles dibuat susulan spekulasi beberapa minggu kebelakangan ini bahawa dia mungkin digugurkan daripada bertanding di Klang pada pilihan raya akan datang.

Desas-desus mengatakan Charles akan digantikan oleh sama ada Ganabatirau (Adun Kota Kemuning) atau Ean Yong Hian Wah (Adun Seri Kembangan).

Dengan pengumuman pencalonan DAP tidak lama lagi, Charles memberitahu dia bersedia untuk berundur, dengan syarat calon yang menggantikannya mempunyai rekod prestasi yang baik.

Mengulas lanjut, Charles mengimbau dia pernah bersama sebuah NGO yang menangani perjanjian konsesi air apabila dijemput oleh veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Klang pada pilihan raya umum 2008.

"Saya menyertai DAP kerana nilai berkhidmat kepada rakyat, kerja keras, dan meritokrasi," kata Carles lagi.

Di tengah-tengah spekulasi digugurkan daripada pencalonan, dia berkata pertemuannya dengan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh pada 17 Okt lepas tidak mendedahkan sebarang kepincangan di pihak dirinya.

“Dia (Gobind) memberitahu saya belum ada keputusan lagi (mengenai pencalonan)) dan keadaan sedang berkembang.

"Jadi, saya bertanya kepadanya, di mana silap saya, dan dia tidak mempunyai jawapan untuk saya," kata Charles.

Petisyen sokong Chales

Dalam pertemuan itu, Charles juga berkata dia menegaskan kepada Gobind bahawa Klang memerlukan seorang wakil rakyat di parlimen yang boleh memberi perhatian khusus kepada isu-isu yang mengancam nyawa dan punca mata pencarian, seperti kesan perubahan iklim.

Menurut Charles, dia telah melakukan kemajuan dalam menangani isu perparitan dan infrastruktur di kawasan Klang, melalui mesyuarat dan seminar dengan pihak berkepentingan dan kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, jika orang yang salah ditugaskan, maka semua usaha yang dilakukan selama ini "tidak akan ke mana."

Malaysiakini telah menghubungi Gobind untuk mendapatkan penjelasan tetapi pada masa penerbitan laporan ini masih tiada jawapan.

Antara sokongan yang ditunjukkan terhadap Charles ialah petisyen yang dilancarkan oleh pengundi Wesley Lau, 21, yang ditujukan kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan menggesa Charles diletakkan sebagai calon di Klang sekali lagi.

Setakat ini, lebih 5,900 orang telah menandatangani petisyen itu.

Untuk rekod, Charles, yang juga pengerusi Ahli Parlimen Asean untuk Hak Asasi Manusia meraih peningkatan majoriti dalam tiga pilihan raya umum lalu - daripada 17,701 pada 2008 kepada 24,685 pada 2013, dan 78,773 pada 2018.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo