NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lelaki maut motosikal bertembung selepas elak pokok tumbang

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. - Gambar./ PDRM

PENGKALAN HULU: Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan selepas dipercayai mengelak pokok tumbang di tengah jalan di kilometer 16 Jalan Pengkalan Hulu-Gerik pada Ahad.
Difahamkan ketika itu mangsa, Mohamad Shah Abd Hamid, 45, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Klian Intan.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, seorang lagi mangsa iaitu penunggang motosikal jenis Yamaha berusia 22 tahun cedera di kepala.
"Pada jam 7.45 pagi pihak polis terima maklumat daripada orang awam melalui panggilan telefon mengatakan telah berlaku kemalangan membabitkan dua motosikal.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang maut disyaki mengelak pokok tumbang melintang jalan di laluannya lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Seorang lagi penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak dapat mengelak lalu bertembung.
"Penunggang Honda Wave disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Cuaca hujan sewaktu kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Zulkepli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan.
Ujarnya lagi, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Gerik untuk mengetahui punca kematian dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pemanduan semasa menggunakan laluan tersebut, khususnya pada musim hujan.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo