NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Idris Jusoh serah kepada parti tentukan pencalonan

Idris, 67, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata beliau bersedia berkhidmat demi parti, rakyat dan negara, jika diminta bertanding sekali lagi. - Gambar fail

BESUT: Tan Sri Idris Jusoh menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO, untuk menentukan sama ada beliau akan disenaraikan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Besut yang disandangnya, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Idris, 67, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata beliau bersedia berkhidmat demi parti, rakyat dan negara, jika diminta bertanding sekali lagi.
"Saya beri ruang dan serah kepada presiden parti, untuk menentukan sama ada saya akan bertanding atau tidak... Tidak baik (elok) buat sebarang spekulasi kerana parti yang akan menentukannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pertama Politeknik Besut di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan yang tular di media sosial, yang mendakwa bahawa kerusi Parlimen Besut akan digantikan dengan Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Nawi Mohamad.
Idris telah menjadi Ahli Parlimen Besut selama lima penggal dan mula terkenal dalam politik semasa memimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu sehingga berjaya menumbangkan PAS, dan dilantik sebagai Menteri Besar pada 2004 sehingga 2008.
Dalam PRU14, Idris memenangi Parlimen Besut selepas mendapat 34,335 undi menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor (29,736 undi), serta calon PKR Datuk Dr Wan Nazari Wan Jusoh (6,864).
Sementara itu, pada konvokesyen tersebut, seramai 61 graduan sulung Politeknik Besut menerima Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) yang disampaikan Idris di kampus baharu institusi itu.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo