NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Abdul Latiff sedia beri laluan kepada muka baharu di Mersing

Abdul Latiff berkata telah tiba masanya untuk menonjolkan pemimpin baharu yang bersedia dan bertenaga untuk memberi khidmat di kawasan itu. - Gambar fail

PASIR MAS: Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad bersedia memberi peluang kepada calon muka baharu mewakili Bersatu untuk bertanding di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU15) nanti.
Beliau berkata telah tiba masanya untuk menonjolkan pemimpin baharu yang bersedia dan bertenaga untuk memberi khidmat di kawasan itu.

"Saya dah bersedia memberi laluan kepada mereka yang lebih bertenaga kerana saya telah jadi wakil rakyat hampir enam penggal dengan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan Persekutuan.

"Ini adalah masa untuk kita beri peluang kepada calon muka baharu tunjuk bakat mereka yang telah bersedia berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek tebatan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini, hari ini
Mengulas lanjut, Abdul Latiff, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), berkata sekiranya namanya tidak dicalonkan pada PRU15, beliau akan masih bergiat aktif dalam politik dan akan membantu calon-calon yang bertanding.
Pada PRU14 lalu, Abdul Latif yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) ketika itu berjaya memenangi kerusi Parlimen Mersing dengan memperoleh 19,806 undi, menewaskan dua pencabarnya daripada PAS dan PKR.
Beliau keluar daripada UMNO pada Disember 2018 dan menyertai Bersatu pada Februari 2019.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo