NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keabsahan pengampunan Anwar dipertikai, boleh dijadikan kempen serang PH

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bahawa pengampunan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018 boleh diragui, adalah tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi Biro Guaman PKR, Sivarasa Rasiah.

Selain itu, penyandang Kerusi Parlimen Sungai Buloh itu menegaskan, kenyataan Naib Presiden UMNO itu perlu ditarik balik dengan segera, kerana tidak bersandarkan fakta kejadian.

Sivarasa berkata, Ismail Sabri memang seorang pemimpin yang mempunyai latar belakang guaman, tetapi pengalamannya amat minima berbanding barisan Hakim Mahkamah Rayuan yang menolak isu keabsahan pengampunan pada 2021.

“Perdana Menteri Sementara wajib menyemak fakta dahulu. Beliau sepatutnya memberitahu hadirin bahawa semua isu yang beliau sebut itu telahpun dibangkitkan dalam perbicaraan mahkamah di mana keabsahan pengampunan itu dipersoal.

“Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2020 dan Mahkamah Rayuan pada 21 September 2021 telah menolak kes yang mempertikai keabsahan pengampunan Datuk Seri Anwar dan memutuskan bahawa kesemua isu perundangan yang disebut Dato’ Sri Ismail di himpunan itu tidak berasas langsung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sivarasa berkata, Yang di-Pertuan Agong (ketika itu) berhak mengurniakan pengampunan kepada Anwar pada kerana beliau telahpun menjalani lebih 90 peratus hukuman penjara 5 tahun (60 bulan), atau dengan kata lain, 48 bulan bersekali dengan peringanan hukuman.

Dalam satu majlis di Bagan Datuk pada 17 Oktober lepas, Perdana Menteri dilaporkan berkata, isu Pulau Batu Puteh dan pengampunan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai keraguan, juga harus dijadikan senjata melawan pembangkang

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo