NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkhidmatan WhatsApp tergendala

PETALING JAYA – Perkhidmatan aplikasi WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah teknikal ekoran pengguna tidak boleh mengirim mahupun menerima mesej.

Berdasarkan laporan DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada pukul 3 petang tadi.

Laporan itu juga menyatakan bahawa lebih 400 pengguna perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 86 peratus pengguna didapati menghadapi masalah berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo