NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

NASA Secara Rasmi Memulakan Kajian Fenomena UFO


Fox Moulder dar siri The X-Files percaya “kebenaran ada di luar sana”. Di dekad 90an siri mengenai UFO dan fenomena aneh yang tidak dapat diselesaikan oleh sains adalah cukup popular. Sungguhpun begitu fenomena ini tidak dikaji secara rasmi oleh agensi angkasa seperti NASA secara serius sehinggalah sekarang.

Semalam secara rasmi NASA memulakan kajian ke atas “fenomena udara tidak dikenalpasti” atau UAP yang merupakan terma baharu untuk kesemua jenis fenomena yang selama ini diklasifikasikan sebagai UFO. NASA ingin mengumpul data mengenai semua insiden UAP yang pernah dilaporkan untuk memahaminya dengan lebih baik menerusi kajian saintifik. Pengumuman menubuhkan pasukan penyiasat UFO telah diumumkan NASA pada Jun lalu.

Seramai 16 orang pakar dalam bidang sains, aeroangkasa, astronomi, oseanografi, pengimejan, juruterbang, angkasawan dan kecerdasan buatan terlibat dalam kajian yang akan mengambil masa sembilan bulan. Laporan kajian akan diterbitkan pada tahun 2023 dengan ia mungkin menjawab sama ada UAP benar-benar wujud atau sekadar fenomena semula jadi yang disalah erti oleh manusia.

Sumber – NASA
AMANZ



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo