NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Datuk Seri Abdul Halim Aman Ketua SPRM baharu

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azmi Abu Bakar pada Sabtu mengumumkan Datuk Seri Abdul Halim Aman, sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 13 Mei ini.

Shamsul memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat, bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang bakal menamatkan kontraknya pertengahan Mei ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo