NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalau hujan, pakailah payung - Ahmad Maslan


PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, tiada sebab bagi rakyat Malaysia tidak keluar mengundi memandangkan tidak pernah berlaku sebarang rusuhan sepanjang 14 kali pilihan raya umum diadakan.

Beliau juga menasihatkan pengundi menyediakan payung untuk keluar mengundi sekiranya hujan.

Penyandang Parlimen Pontian itu, juga meramalkan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekitar 75%.

Katanya, angka itu sudah cukup baik untuk mencerminkan proses demokrasi yang berkesan daripada jumlah pengundi yang lebih ramai, berbanding PRU 2018.

PRU15 bakal menyaksikan sekitar 21 juta pemilih berdaftar layak mengundi, peningkatan hampir sekali ganda daripada jumlah pengundi pada PRU14 dan daripada jumlah itu, Ahmad berkata, “masih ramai yang tak ambil peduli”.

“Mereka jenis tak kisah apa berlaku di kiri dan kanan mereka, mungkin malas nak ambil bahagian dalam proses demokrasi jadi saya ramalkan secara peribadi mungkin yang keluar mengundi adalah 75%.

“Mereka yang tak keluar mengundi itu secara tak langsung telah menyerahkan hasrat mereka itu kepada mereka yang keluar mengundi – walaupun itu tidaklah yang setepatnya – tapi kalau mereka tak keluar, itulah yang boleh disangkakan,” katanya menurut Astro Awani.

Katanya, tiada yang menghalang rakyat keluar mengundi dalam keadaan negara yang aman serta fenomena alam yang dirasakannya masih boleh didepani untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.

“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi.”

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo