NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15 sudah hampir pembahagian kerusi antara Muda dan PH belum selesai


PETALING JAYA: Muda menggesa satu rundingan rasmi bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) diadakan segera terutama membabitkan pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz, berkata sehingga kini masih belum ada mesyuarat rasmi bersama PH yang ditetapkan walaupun hari pengumuman agihan kerusi gabungan itu kian hampir.

“Ada yang tanya, Muda akan tanding kerusi mana? Jujur saya sebut di sini, rundingan kerusi secara rasmi bersama PH masih belum bermula.

“Jika bergerak dalam sebuah gabungan, Muda akan pastikan prinsip sandangan sedia ada diguna pakai untuk merunding kerusi. Sudah tentu juga, kerusi perlu diagih secara adil dan saksama,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, Muda telah bersetuju dengan segala syarat dikemukakan PH bagi penyertaan gabungan itu serta keputusan untuk mengadakan pakatan pilihan raya bersama atas isu teknikal tertentu.

“Muda setuju. Bagi Muda, fokus paling utama adalah bergerak bersama dalam PRU15.

“Muda juga berharap agar sebagai sebuah pakatan pilihan raya, Muda dapat berunding dengan baik dan tertib dengan PH, dengan semangat setia kawan dan kesaksamaan sebagai landasan rundingan,” katanya.

Terdahulu, PH mempertimbangkan membentuk pakatan pilihan raya dengan Muda, berbanding menerimanya sebagai parti komponen berdepan PRU15.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata sukar untuk menerima Muda sebagai parti komponen kelima gabungan itu kerana ia memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan hasrat partinya menyertai PH bulan lalu dengan permohonan rasmi dibuat pada 9 Sept.

Katanya, objektif utama parti itu ialah memberi nilai tambah kepada pembangkang pada PRU15, bukannya untuk memenangi kerusi semata-mata.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo