NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ulama tersohor dunia Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia

Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 96 tahun.

KUALA LUMPUR: Ulama tersohor dunia kelahiran Mesir, Prof Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir hari ini pada usia 96 tahun.
Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham.
Dilahirkan pada pada 9 September 1926, Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar, tempat beliau tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Allahyarham Yusuf telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Allahyarham sangat masyhur menerusi program Sharia and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.
Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.


Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo