NOTIS:

Belum ada lagi....

Thailand sasar 1.5 juta ketibaan pelancong asing setiap bulan

0

Thailand menyasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir 2022. - Unsplash

BANGKOK: Thailand dijangka menerima kunjungan 1.5 juta pelancong asing setiap bulan pada suku terakhir tahun ini.
Pemangku Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata lebih lima juta pelancong antarabangsa melawat negara itu termasuk lebih satu juta ketibaan direkodkan pada September, selepas Thailand melonggarkan sekatan COVID-19.
"Thailand menyasarkan ketibaan sekurang-kurangnya 10 juta pelancong asing menjelang akhir 2022.
"Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan sektor awam dan swasta yang berkaitan, serta pengusaha pelancongan, untuk mengenal pasti dan melaksanakan langkah-langkah mempromosikan pelancongan yang berkualiti.
"Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) merancang untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi melancarkan kempen jualan dan pemasaran serta meneruskan promosi pelancongan semasa musim ramai pengunjung," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kerajaan juga mengakui perlunya pelan pelarasan operasi syarikat-syarikat penerbangan sejajar dengan peningkatan jumlah pelancong terutama pada musim berkenaan.
Anucha berkata industri pelancongan Thailand dijangka menjana pendapatan sehingga 2.38 trilion baht pada 2023.
Kerajaan berharap kedatangan pelancong pada tahun depan mencapai 80 peratus berbanding 40 juta ketibaan yang dicatatkan pada 2019.
"Thailand dijangka menjana 1.73 trilion baht, iaitu 970 bilion baht daripada pelancong asing dan 760 bilion baht daripada pelancong domestik.
"Dalam senario terbaik, Thailand dijangka menjana pendapatan 1.5 trilion baht daripada pelawat antarabangsa dan 880 bilion baht daripada pelancongan domestik," katanya.
Thailand, merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, serta dikunjungi hampir 40 juta pelancong pada 2019.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo