NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua 'Geng San Sentosa' Klang, diberkas


KUALA LUMPUR: Dua lelaki termasuk ketua kumpulan kongsi gelap Geng San Sentosa ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam.

Kedua-dua mereka yang aktif dalam aktiviti pemerasan, samun, penjaga premis perlombongan bitcoin, curi kenderaan dan pecah rumah diberkas ketika hendak masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4×4) di Jalan Raja Musa, Pelabuhan Klang, Klang.

Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, ketika serbuan, polis turut merampas sepucuk pistol jenis revolver yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu sebelum pemeriksaan selanjutnya membawa kepada penemuan sebutir peluru hidup di rumah suspek di Jalan Bendahara, Taman Mewah Ria Klang.

"Ketua kumpulan terbabit juga mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan senjata api, curi kenderaan dan dikehendaki dalam satu kes senjata api di Petaling Jaya, pada 17 April lalu.

"Dengan penahanan dua lelaki ini secara keseluruhan seramai enam orang Geng San Sentosa ditahan selain empat pucuk pistol dan lima butir peluru hidup dirampas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebelum ini tangkapan dua ahli Geng San Sentosa dibuat pada 17 April lalu di Petaling Jaya, dengan rampasan sepucuk pistol; seorang lelaki di Taman Sentosa, Klang, pada 15 Jun di Taman Sentosa, Klang, pada serta rampasan sepucuk pistol jenis revolver.

"Seorang lagi ahli kumpulan sama ditahan di Butterworth, kelmarin serta membawa kepada rampasan sepucuk pistol dan empat peluru hidup.

"Kesemua senjata api yang dirampas didapati tidak mempunyai sebarang lesen sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Geng San Sentosa ini diburu selepas Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ, Bukit Aman, menubuhkan pasukan khas dengan sasaran menumpaskan kumpulan penjenayah bersenjata api.


Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo