NOTIS:

Belum ada lagi....

Ketangkasan Norazlan kecewakan KL City

0

Ifedayo (tengah) diasak dua pemain KL City pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini.

MELAKA: Kecemerlangan penjaga gol Melaka United, Norazlan Razali membantu pasukannya mengikat KL City tanpa jaringan pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, malam ini.

Malah, bekas penjaga gawang skuad kebangsaan itu menjadi wira Hijau Putih daripada kecundang selepas menyelamatkan sekurang-kurangnya empat percubaan bahaya pelawat terutama di hujung babak perlawanan.

Tanpa kelibat ayam tambatan, Sony Norde, Emmanuel dan Adriano Narcizo, meletakkan Mohd Asri Ninggal yang juga pengendali skuad terbabit meletakkan Faris Shah di barisan hadapan bergandingan dengan Ifedayo Olusegun dalam usaha tuan rumah menembusi kubu lawan.

Bagaimanapun KL City terlebih dahulu melakukan percubaan menerusi Hadin Azman namun rembatannya tinggi melepasi palang gol selepas mengutip sepakan sudut Zafri Yahya pada minit ke-17.

Selebihnya perlawanan lebih banyak dikuasai pelawat yang sering bertukar hantaran dan kerap memasuki kubu tuan rumah untuk mencari gol pendahuluan.

Bersambung babak kedua, KL City terus melakukan asakan yang hampir memecah kebuntuan namun rembatan kencang Zafri pada minit ke-47 sekadar menggegar tiang gol tuan rumah.

Keputusan seri itu mengubati sedikit kekecewaan skuad Hang Tuah selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.


Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo