NOTIS:

Belum ada lagi....

Bintang rap mati ditembak sehari selepas cakap tentang rakan artis diancam perompak

0

PnB Rock mati ditembak beberapa kali dan dirompak di hadapan rakannya selepas mereka menikmati makan malam. - Gempak

SEORANG rapper yang berasal dari Philadelphia, PnB Rock mati ditembak di Los Angeles sehari selepas bercakap mengenai perasaan beberapa rakan artis lain yang berasa terancam dengan agenda rompakan.
PnB Rock malah mati ditembak beberapa kali dan dirompak di hadapan rakannya selepas mereka menikmati makan malam.
Menurut laporan CNN, selain bercakap tentang ancaman perompak, mendiang yang menjadi tetamu dalam saluran YouTube DJ Akademiks sekitar minggu lalu turut bercakap mengenai rompakan dan kematian dalam kalangan artis terutama rapper sudah menjadi seperti satu kebiasaan.
Dia mengatakan jenayah kini bukan lagi satu perkara yang dilakukan secara sembunyi, sebaliknya bersifat terbuka.
Rapper itu kemudian berkongsi pengalaman bagaimana dia, anak dan kekasihnya pernah diekori penjenayah.
“Saya berpura-pura tenang untuk memastikan anak dan kekasih tidak berasa terancam atau takut,” katanya.
Malah PnB Rock juga menyifatkan jenayah dalam dunia rap sebagai sesuatu yang tidak asing.
“Saya tidak pernah dirompak. Saya tidak katakan tidak akan dirompak, tapi setakat ini belum lagi (dirompak), katanya lagi.
Dia juga mengaku tidak pergi ke kelab malam atau lokasi yang membabitkan golongan gengster berkumpul.
“Saya tidak akan letak diri dalam situasi berbahaya,” katanya lagi.
Ironi, dia disahkan pihak berkuasa mati selepas ditembak dalam satu kejadian rompak yang berlaku di Roscoe House of Chicken ‘N Waffles pada Isnin lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa Los Angeles, PnB Rock telah dirompak dan diserang selepas temannya dipercayai berkongsi lokasi mereka makan malam di platform media sosial Instagram.
Selain mati di tempat kejadian, barangan berharga dan emas yang dipakainya juga dilarikan perompak.
Setakat artikel ini ditulis, polis masih menjalankan siasatan. -- Gempak





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo