NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dasar Ekonomi Baru: 'Penuntut Melayu tidak perlu serba salah' - Dr Mahathir

Menurut Tun Mahathir, hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negeri. - Astro AWANI

SHAH ALAM: Orang Melayu tidak perlu rasa serba salah apabila ditanya mengenai ketidakadilan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terhadap bukan Melayu kerana dasar itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika ramai ahli profesional Melayu ketika ini, ia disebabkan mereka mendapat biasiswa atau pinjaman.
Menurutnya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa DEB yang dilancarkan kerajaan pada tahun 1970 itu hanya berjaya dalam bidang pelajaran manakala dalam bidang ekonomi, pencapaian orang Melayu tidak seperti dirancang.
“Terdapat ramai penuntut Melayu yang merasai serba salah apabila ditanya oleh bukan Melayu mengenai ketidakadilan DEB terhadap bukan Melayu. Dalam agihan biasiswa umpamanya, dasar ini menghasilkan agihan biasiswa yang lebih kepada orang Melayu.

“Benarkah DEB tidak adil kepada bukan Melayu? Untuk menentukan DEB adil atau tidak, kita perlu rujuk kepada sejarah singkat negara.
“Hakikatnya ialah tanpa biasiswa pun penuntut bukan Melayu lebih ramai dalam universiti swasta tempatan dan universiti di luar negeri. Ini disebabkan ramai bukan Melayu mampu hantar anak mereka ke universiti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada Khamis.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menambah, hanya dalam universiti tempatan milik kerajaan sahaja, penuntut Melayu melebihi penuntut bukan Melayu.

Jelasnya, hampir semua daripada mereka dapat melanjutkan pengajian ke universiti kerana diberi biasiswa, jika tidak, jumlah mereka amat berkurangan.
“Kebanyakan dari ibu bapa penuntut Melayu kerja bergaji. Pendapatan mereka tidak cukup untuk bayar yuran universiti yang sekarang amat tinggi.
“Ada sebilangan sedikit sahaja Melayu mendapat gaji yang cukup untuk hantar satu atau dua anak ke universiti.
“Penuntut Melayu tidak perlu serba salah kerana ramainya penuntut Melayu dapat biasiswa. Jika kita tidak mahu melihat jarak antara Melayu yang berpelajaran dan bukan Melayu, caranya ialah dengan memberi lebih banyak biasiswa kepada penuntut Melayu,” ujar beliau. -- Sinar Harian






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo