NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ratu Elizabeth II diletak di bawah pemantauan kesihatan

Pengumuman oleh Istana Buckingham dibuat selepas Ratu Elizabeth, 96 tahun membatalkan mesyuarat Majlis Privy atas nasihat doktor. - Gambar fail/REUTER

KUALA LUMPUR: Ratu Elizabeth II kini diletakkan di bawah pemantauan kesihatan.
Dalam satu kenyataan rasmi oleh Istana Buckingham pada Khamis, doktor yang merawatnya menasihatkan baginda diletakkan dalam pemantauan.
Baginda ratu juga dinasihatkan berehat susulan daripada kebimbangan doktor terhadap tahap kesihatannya ketika ini.
"Berikutan penilaian lanjut pagi ini, doktor yang merawat ratu prihatin dengan keadaan kesihatan baginda dan telah menasihatkan ratu agar diletakkan di bawah pemantauan kesihatan.
"Keluarga terdekatnya telah dimaklumkan," menurut kenyataan itu.
Baginda kini berada di Istana Balmoral di Scotland.
Pengumuman itu dibuat selepas Ratu Elizabeth, 96 tahun membatalkan mesyuarat Majlis Privy.
Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu dilantik, Liz Truss dalam kenyataannya di Twitter berkata, seluruh negara amat prihatin dengan berita itu.
"Ingatan saya, bersama rakyat di seluruh United Kingdom adalah pada baginda ratu dan keluarga ketika ini," katanya ringkas.
Dilaporkan pewaris takhta Britain, Putera Charles dan Camilla, Duchess of Cornwall kini dalam perjalanan ke Istana Balmoral.
Mereka turut disertai Duke of Cambridge, Putera William, maklum Istana Kensington.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo