NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Empat maut dalam kejadian tembak-menembak di Memphis, suspek ditahan

Empat orang maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembak-menembak di bandar Memphis, Tennessee, di Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS

WASHINGTON: Empat orang maut manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembak-menembak di bandar Memphis, Tennessee, di Amerika Syarikat (AS).
Suspek berjaya ditahan, kata polis bandar itu pada Khamis, lapor Sputnik.

Pada Rabu, polis melaporkan insiden tembak-menembak berlaku di tujuh lokasi berbeza di Memphis, dalam tempoh beberapa jam.

Suspek dikenali sebagai Ezekiel Kelly, 19, ditahan selepas mencuri sebuah kereta di Southaven selatan Memphis.
Dia sebelum ini pernah disabitkan dengan cubaan membunuh tahap pertama pada 2020 dan menjalani hukuman penjara selama kira-kira setahun.

Menurut jurucakap polis Karen Rudolph, suspek ditahan kira-kira 9 malam waktu tempatan (02:00 GMT) di kejiranan Memphis di Whitehaven.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo