NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri

Jelas Abang Johari, Kerajaan Sarawak akan mengkaji Artikel 17 Perlembagaan Sarawak bagi memastikan sama ada ia selari dengan akta yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan. - Astro AWANI

KUCHING: Sarawak akan mengkaji semula peruntukan Artikel 17 Perlembagaan Negeri bagi memastikan ia selari dengan pelaksanaan Akta Antilompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri itu sudah mempunyai peruntukan di dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti atau berpersatuan.
Namun katanya ia tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berpersatuan.
“Kita telah diberi taklimat mengenai Akta Antilompat Parti, sebenarnya Sarawak sudah ada peruntukan di dalam perlembagaan negeri di bawah Artikel 17 di mana kita tidak menggalakkan lompat parti atau pun katak.
“Tetapi kita tidak dapat melaksanakan peruntukan tersebut disebabkan waktu dahulu kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 8 iaitu kebebasan berpersatuan, jadi apa yang kita dapat lakukan ketika ini ialah kita akan melihat semula peruntukan tersebut.
“Langkah ini (kajian) dibuat bagi memastikan ia (Artikel 17) adalah selari dengan akta yang telah diluluskan di Parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata pihaknya tidak menolak untuk melakukan pindaan terhadap artikel berkenaan mengikut keperluan.
“Itulah sebab kita mahu buat kajian dahulu artikel sedia ada supaya jika terdapat kekurangan jadi kita akan pinda mengikut keperluan agar ia selari dengan akta yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Apa yang penting katanya ia perlu melalui kajian dari sudut perundangan sebelum sebarang keputusan dibuat termasuk membentangkannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk pindaan.
“Dengan erti kata lain, kita (Sarawak) sebenarnya sudah mempunyai undang-undang berkaitan, ini bermakna kita sudah selari segi objektif.
“Namun secara teknikalnya masih perlu dikaji sekiranya terdapat kelemahan atau kawasan ‘kelabu’, kita mahu peguam negeri untuk melihat perkara ini,” katanya.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo