NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek LCS: Anwar sifatkan kenyataan Menteri Pertahanan angkuh

Anwar ditemui ketika sidang media di Kuching, selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua-ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sarawak hari ini. - Foto Astro AWANI

KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meyifatkan kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai angkuh dan kebudak-budakan dalam reaksinya berhubung teguran beliau berhubung isu Kapal Tempur Persisir (LCS).
Ia susulan kenyataan Ahli Parlimen Sembrong itu semalam yang mengulas kenyataan Anwar di Parlimen pada Khamis yang disifatkan sebagai berbaur politik.
Ketua Pembangkang itu ketika berbahas di Parlimen pada Khamis mencadangkan agar fasa keenam projek LCS itu dihentikan susulan teguran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Pertama saya kata semua fasa-fasa on going diteruskan. Dia tidak baca dan dia tidak dengar. Ini masalahnya. Ini dia sebut, kalau saya quote Shakespeare, the insolence of office. Dia terlalu angkuh, tak baca tak dengar, tutup. Orang marah. Siapa yang marah? kontraktor? yang kutip komisen?
"Projek RM9 bilion, dah belanja RM6 bilion, sentimen politik apa yang dibicarakan ini? RM6 bilion duit rakyat. Jangan guna (alasan) keselamatan negara. Keselamatan negara macam mana kalau sampai bahan, alat-alat ketenteraan dan pertahanan penting pun masih mahu dirompak dan diambil komisen," katanya lagi.
Anwar ditemui ketika sidang media di Kuching, selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua-ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Sarawak.
Terdahulu, ketika menjawab isu tersebut di Kem Muara Tuang pada Jumaat, Hishammuddin menjelaskan cadangan Anwar untuk membatalkan projek perolehan sebagai bermotifkan politik.
Katanya, projek itu tetap diteruskan, kerana PAC hanya melakukan teguran dengan mencadangkan beberapa syor yang perlu diberi dan diambil perhatian.

Sumber | Astro Awani




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo