NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek LCS: 'Yang salah semua orang lain, Najib tak pernah silap' - Fahmi

Fahmi mempersoalkan tindakan Najib yang tidak mengendahkan surat daripada Panglima Tentera Laut mengenai masalah perolehan LCS berkenaan.- Gambar fail/Astro AWANI

PENGARAH Strategik Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam isu Kapal Tempur Persisir (LCS).
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mempersoalkan tindakan Najib yang tidak mengendahkan surat daripada Panglima Tentera Laut mengenai masalah perolehan LCS berkenaan.
“Dia tak pernah terfikir ke, kesemua 10 surat Panglima Tentera Laut itu, kalau diterima dan diambil tindakan awal mungkin tak sampai hangus RM6 bilion macam sekarang. Mungkin dah sampai kapal-kapal LCS yang diperlukan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia). Duit hangus, kapal tak sampai,” katanya menerusi catatan di laman Facebook pada Sabtu.
Terdahulu Najib menerusi catatan di laman Facebook mendakwa, PH telah melewatkan projek dan membekukan sepenuhnya projek LCS pada 2019.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS disiapkan.-- Sinar Harian






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo