NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak

Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata dan hanya ketinggalan 16.68 mata di belakang pemenang pingat emas dari Austrlia, Maddison Keeney-Anabelle Luce Smith. - Stadium Astro

GANDINGAN penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee, menambah koleksi pingat perak kontinjen negara dalam final acara terjun 3 meter papan anjal seirama wanita di pusat akuatik Sandwell hari ini.
Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata dan hanya ketinggalan 16.68 mata di belakang pemenang pingat emas dari Austrlia, Maddison Keeney-Anabelle Luce Smith.
Wakil Kanada, Margo Claire Erlam-Mia Jolie Doucet Valee, pula memenangi pingat gangsa dengan 297 mata.
Yan Yee seterusnya akan bergandingan dengan Gabriel Gilbert Daim dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran manakala Nur Dhabitah pula akan berpasangan dengan Syafiq Puteh dalam acara sama pada Isnin ini.
Nur Dhabitah sebelum itu akan terlebih dahulu bergandingan dengan Datuk Pandelela Rinong dalam acara 10 meter platform seirama wanita awal pagi esok.

Artikel asal di Stadium Astro.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo