NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RUU Antilompat Parti: PM jangan dahulukan PRU, selamatkan 'rumah terbakar' - Syed Saddiq

Tegas Ahli Parlimen Muar itu lagi, ketika ini ketidakpercayaan rakyat terhadap institusi politik dan ahli politik disifatkan berada pada tahap yang rendah - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022, berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti boleh menyekat 'si pencatur kuasa' daripada terus bermaharajalela.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia juga mampu mengekang si pencatur kuasa itu daripada terus mengkhianati mandat rakyat yang diberikan melalui pilihan raya.
Tegas Ahli Parlimen Muar itu lagi, ketika ini ketidakpercayaan rakyat terhadap institusi politik dan ahli politik disifatkan berada pada tahap yang rendah.
"Ini adalah permulaan kepada penolakan sistem politik yang membenarkan si pencatur kuasa terus bermaharajalela. Ini permulaan untuk kita kembalikan kuasa kepada rakyat, naratif dimana rakyat yang berkuasa dan bukan si pencatur kuasa.
"Sebab itu kita perlu menghentikan segala politik lapuk, tua, dan yang lepas. Dimana mereka yang ingin berkuasa dengan sewenang-wenangnya boleh membeli undi, menggunakan institusi kerajaan untuk terus ugut demi mendapatkan sokongan," katanya ketika membahaskan RUU tersebut di Dewan Rakyat hari ini.
Membahaskan lanjut, Syed Saddiq turut menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mendahulukan pilihan raya umum, sebaliknya terus membela rakyat dan membawa pembaharuan.
Ujar beliau, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah menyelamatkan 'rumah yang sedang terbakar' dan menyelesaikan masalah yang menghimpit rakyat.
"Pelbagai masalah baharu (seperti) inflasi, kos sara hidup dan sistem yang perlu ditambah baik lagi.
"Apabila rumah terbakar kita yang diberikan mandat oleh rakyat perlu fokus bersama untuk pastikan bahawa kebakaran ini dikendalikan dahulu.
"Tetapi malangnya segelintir pimpinan daripada pihak kerajaan, khususnya UMNO bukan ingin fikir jalan untuk berhentikan api yang membakar ini, tetapi ingin memikirkan dan bergaduh siapa yang ingin jadi ketua rumah kepada rumah yang sedang terbakar ini," tambah beliau.
Dalam masa yang sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mencadangkan agar pihak pembangkang menekankan kepada reformasi baharu termasuk mewajibkan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik.
"Hadkan kuasa Perdana Menteri kepada dua penggal dan bawa juga sistem pilihan raya supaya kita boleh adakan pilihan raya setiap lima tahun dan kerajaan yang dipiih rakyat boleh diberikan fokus.
"Letak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah mandat Parlimen supaya ia tidak disalah gunakan lagi," katanya.
Selain itu, beliau turut mengesyorkan agar blok pembangkang diperkasakan supaya ahli Parlimen mendapat peruntukan yang adil, tanpa mengkira daripada kerajaan ataupun pembangkang.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo