Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 28 Julai (esok) hingga 3 Ogos 2022. - Gambar hiasan/ETX |
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 28 Julai (esok) hingga 3 Ogos 2022.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Kewangan memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.
Manakala harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada harga siling bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Sumber | Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment