NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mora sah tinggalkan JDT

JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan pintu kelab itu sentiasa terbuka untuk pengendali yang berusia 43 tahun itu kembali. - BERNAMA

JOHOR BAHRU: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora sah meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya.
Bagaimanapun JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan pintu kelab itu sentiasa terbuka untuk pengendali yang berusia 43 tahun itu kembali, pada masa akan datang.
"Kelab Bolasepak JDT mengucapkan terima kasih kepada Mora atas khidmat baktinya. Mora telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang.
Terima kasih, Mora. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi," menurut hantaran itu hari ini.
Menerusi hantaran itu, JDT memaklumkan Mora merupakan Jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.
Menurut JDT jurulatih kelahiran Mexico itu telah mengendalikan 148 perlawanan selaku jurulatih JDT sejak 2017 dan memenangi 102 perlawanan.
Mora yang berpengalaman luas melatih beberapa kelab di Mexico dilantik sebagai Ketua Jurulatih JDT II pada 14 Dis 2015 dan kemudiannya dilantik Ketua Jurulatih JDT menggantikan Mario Gomez pada 18 Jan 2017.
-- BERNAMA







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo