NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pembekuan sementara pekerja Indonesia: 'Kita masih ada 15 negara sumber pekerja asing' - Hamzah

Hamzah berkata, KDN mengambil serius usaha memastikan setiap tenaga kerja asing yang memasuki Malaysia mengikut syarat yang ditetapkan. - Gambar/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Malaysia masih mempunyai 15 negara sumber lain bagi pengambilan pekerja asing, meskipun Indonesia membekukan sementara kemasukan tenaga kerja negara itu berkuat kuasa serta-merta.
Demikian kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika diminta mengulas mengenai keputusan terbaharu republik berkenaan.
"Kita ada banyak warga asing yang datang duduk bekerja. Negara sumber nombor satu adalah Bangladesh, dan kita ada 15 lagi negara sumber," jelasnya.

Hari ini, Indonesia dilaporkan membeku penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam Memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan bahawa surat rasmi berhubung keputusan ini telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa.
Antara lain, langkah itu diambil berikutan penggunaan Sistem Maid Online (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan pekhidmat domestik Indonesia merupakan pelanggaran MoU yang ditandatangani pada 1 April lalu.
Mengulas lanjut, ujar Hamzah, kementeriannya mengambil serius dalam memastikan setiap tenaga kerja asing yang memasuki Malaysia mengikut syarat yang ditetapkan.
Malah ujarnya, penggunaan MOS dalam pengambilan pekerja domestik bukan hanya tertumpu tenaga kerja warga Indonesia, sebaliknya untuk kesemua 15 negara sumber.
"Saya nak maklumkan permohonan secara atas talian itu dah umumkan kepada dunia, boleh kita gunakan sistem online takkan ada orang kata tidak boleh sistem online. Kenapa pula? Ini sistem yang kita gunakan.
"Jadi ia bukan hanya untuk Indonesia tapi untuk semua warga asing datang (bekerja) yang perlukan visa boleh buat secara atas talian," jelasnya lagi.
Tambahnya, sistem MOS yang digunakan bertujuan memastikan setiap warga asing yang ingin bekerja di Malaysia mempunyai dokumentasi lengkap.
"Yang penting kepada semua untuk memahami bahawa, kita ingin memastikan semua tenaga kerja asing mempunyai dokumen yang lengkap jika mereka ingin datang dan tinggal di negara ini," katanya lagi.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo