NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indonesia beku penghantaran pekerja ke Malaysia serta-merta - Laporan

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan kepada MalaysiaKini bahawa surat rasmi berhubung keputusan tersebut telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan pada Selasa.- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Indonesia akan melaksanakan pembekuan sementara ke atas penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.
Portal MalaysiaKini melaporkan, Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan kepada portal berita itu bahawa surat rasmi berhubung keputusan ini telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada Selasa.
Jelas Hermono, penggunaan berterusan Sistem Maid Online (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan pekhidmat domestik Indonesia merupakan pelanggaran MoU yang ditandatangani pada 1 April.
“Kami mempunyai bukti kukuh bahawa Jabatan Imigresen bawah Kementerian Dalam Negeri terus menggunakan MOS untuk pengambilan pekhidmat domestik Indonesia ke Malaysia,” ujar Hermono.

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo