NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kepimpinan BN tambat semula hati rakyat - Ahmad Zahid

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Majlis Mesyuarat Tertutup Barisan Nasional di Bangunan UMNO Sabah hari ini - Foto BERNAMA.



KOTA KINABALU: Kebangkitan semula Barisan Nasional (BN) terutama dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk di Sabah sebelum ini adalah bukti komitmen dan keprihatian kepimpinan parti itu dalam menambat semula hati rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

"Jika telahan penghujung hayat BN telah sampai pada 2018 lalu, mereka silap menganalisis dan melakukan telahan. Sekarang ini, terdapat empat permohonan parti lain mahu menyertai BN sebagai parti teras.

"Ertinya jika UMNO dan BN serta parti komponen lain berada di hujung hayat politik, tidak mungkin parti-parti terbabit memohon untuk masuk BN.

"Atas kekuatan semula, atas kebangkitan BN di Sabah dalam PRN (Pilihan Raya Negeri), atas kebangkitan pada PRN di Melaka dan Johor, insya-Allah saya yakin BN akan bangkit semula dalam PRU15," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah di Bangunan UMNO, Karamunsing di sini malam ini.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo